Wednesday, 14 August 2013

Selamat Hari Raya :D

Assalamualaikum semua :)

Thanks sbb tegur blog wa , at least wa tahu apa pendapat korang pasal blog ni :) wa akan cuba ubah untuk keselesaan korang and thanks sbb sudi baca blog tk seberapa ni x) Jadi , mcm mana raya korang tahun ni , hmm susah nk ckp raya tahun ni , 2 tahun raya tnpa ayah wa x) cuba biasakan diri , rindu gila kt dia , hanya mampu berdoa perjalanan dia di sana . Raya yang serba sederhana takde apa yg menarik raya tahun ni , kalau ada pun bersama umi dan si dia .

Nmpk mcm tk terlmbt untuk wa nk ucapkan selamat hari raya kat semua :D Maafkan segala perbuatan wa , apa saja perbuatan wa , keterlanjuran wa , wa mntk maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki :) Mesti meriah raya korangkan , awal2 wa nk ckp duit raya tkde , muka ni mmg selalu bersedia dari awal menjawab pertanyaan korang , biasalah lah tu kalau bulan puasa mesti org akn tnya puasa tak ? , berbuka apa hari ni ? gi terawih ? asal hyper , nmpk sgt tk puasa dah sebagainya :D dan kalau nk dekat raya mestilah org tnye raya kat mana ? berapa duit raya ? nk buat apa dgn duit raya dan sebagainya :) betul tak kawan2 :)

Tu jelah post untuk harini :) Assalamualaikum

Sunday, 2 June 2013

welcome back ..


Assalamualaikum dan hai semua ..

Intro yang agak bosan dan selalu di dengar , tapi please jawab dulu salam wa . Okay cerita mana hilangnya diriku selama ini . Hilang ke ? dok eh . byk sgt aktiviti sekolah sampai malas nak online dan juga sbb utama iaitu broadband rosak ! perkara utama yg perlu ada untuk bukak internet selain TM .. sbb apa TM ? kalau korang pernah dengar kekecohan yg ada di fb tentang peperangan diantara celcom , maxis , hingga berlarutan ke TM itu lah sebabnya . Kalau korang tak tahu , carilah sendiri benda tu kat fb . Mustahil kalau tkde .

Persoalan kawan-kawan ku yang tercinta , woo tercinta tu jgn main-main , k asal nak berwawa sgt . Sbb panggilan teman-temanku hunie . Cerita dia mcm ni ....

hah ! punyalah lama nak ingat balik , kena selongkar memory otak .. terlupa simpan kat folder mana . Huahaha ! hodoh benor gelaknya . Okay untuk pengetahuan korang , blog ni hanya untuk kaum kerabat , bukannya untuk para sahabat . Sah korang terasakan . rasa menyesal pulak aku buka blog budak ni .. ok relax beb ! jgn nak terasa sgt lah , menyampah pulak kita rasa . serba salah pulak rasanya . Saya ni manja sikit . jadi mcm mana nak ubah panggilan ni . dengan keluarga tercinta dan saudara serta sepupu dan seangkatanya , memang lah budak yg tengah taip ni cakap berhalus dan bila dgn kawan-kawan cakapnya gangster parok .Jadi macam mana nak hilangkan kekusutan yang ada .. Takkan den nak kena buat blogger se lagi . Aik jadi kena translate pada bahasa yang agk kasar ke yg bahasa sopan ... Uik , mmg taklah den nak menyusahkan diri buat banyak blog dan nak translate bagai .

Jadi , kawan kawan ku , bahasa ku akan campur . Ada saya , awak , kau , aku , I dan you . So jangan pelik dan pening . Kalau korang maigrain itu korang punya pasal . Malas nak cara . Pandai-pandailah korang baca coretan ku ni . Dan untuk pembaca yang tak mengenaliku dan tak kukenali , korang mesti fikir yang benda ni perkara yang remeh temeh .. buang masa baca blog budak ni dan pelbagai tanggapan negatif lain . kalau korang rasa blog ni mengarut or what , please tekan pangkah kat mana-mana . Tapi setahu saya dua je tempat pangkahnya . Macam mana boleh jadi dua ? pandai-pandai ah korang kira .

Teman-teman rapat ku yg membaca , jangan korang nak hebohkan blog aku ni . Biar diorg tahu sendiri , jangan nak bawak mulut sangat . I kerat mulut you nanti . So , habis dah cerita nya . The end ..

Coretan ikhlas dariku ,


Sunday, 20 January 2013

I will miss you guys :*


Hello guys . How your life ? Okay , wa tersangatlah sedih :( Dah dua best friend wa yang dah tinggalkan wa . Huhu . Sedihnya . Sorang kl sorang vokay . Ok apa-apa pun wa tahu korang boleh berjaya . Aja aja fighting !! Wa doakan supaya korang berjaya dan terus berjaya . Jangan lupakan kawan-kawan yang lain . All the best for both of you . Insyaallah . We can still contact each others . Korang akan berjaya okay . Teruskan usaha jangan kalah pada masalah . Aik  , macam kenal je ayat tu . Haha .. Kalau korang tahu dari mana wa petik ayat tu senyap-senyap jelah :p Korang boleh chat dengan aku kalau korang perlukan bantuan aku . If ada orang buli korang , jangan malu-malu bagitahu Shebi . Jangan bagi tahu aku , sebab aku tak reti belasah orang , nasihat sikit-sikit tu boleh lah . Ada masa kita jumpa lagi . Takde dah orang mintak kulit ayam nanti . Dan Shebi pula ambil alih tugas Intan time rehat . Haha dan untuk intan , sorry tak balas text kau . Dan untuk jawapan text kau tu , insyaallah kalau ada boyfriend mengikut ciri-ciri yang aku nak , nanti aku buat majlis kesyukuran . Haha . Kalau ada calon untuk aku , contactlah aku . Haha ... Dan kau jugak Intan , harap kau jumpa boyfriend handsome + berganda-ganda handsome dari Idrus ( kalau tak silap akulah ) kat kl nanti . Okay . Haha . Ooo , dan untuk rujukan kau . Manalah tahu kalau kau terlebih rajin nak tolong jadi pencari jodoh aku ni kan . Haha , so ciri-cirinya , pakai cermin mata , babyfaces , putih dan ada lesung pipit . tu jelah kut . Aku nak lesung pipit tau , bukan lesung batu . Karang kau bagi aku muka ada lesung batu pulak . Haha .
Habis cerita pasal intan , dan untuk si gadis melayu terakhir pulak , woona , gonna miss you too ... 
Takde kata-kata terakhir dah kut . Sebab aku pun pening jugak ni . Tak tahu nak cerita apa dah . But don't worry , nanti ada masa aku jumpa kau kat cc dekat kau selalu gi ngn Shebi . Okay ! Dan tu jelah kut post untuk hari ni . Apa-apa pun , goodluck for you guys . :* :* :* :*

Wednesday, 9 January 2013

I'm back

 
assalamualaikum semua . Ya allah , tahun ni lah tahun yang paling mencabar bagi wa . Banyak sangat dugaan wa tahun ni . Haritu wa sampai satu tahap tu , wa nangis sorang - sorang . Wa tak tahu kenapa dengan wa . Apa dah jadi dengan azam wa 2013 ni .

Okay . First day of school , dah tambah satu lagi angka umur walaupun belum 16 tahun lagi . Tapi tu lah hakikatnya . Wa rasa tahun ni yang paling stress sbb wa dapat sains tulen . OMG!! Dan ckg kata tak boleh main tukar-tukar kelas . Tahu tak apa perasan wa masa tu . Hancur berderai , patah beribu-ribu hati ku . Sabar jelah . Tapi , disebabkan perkara ni perkara yang penting . Wa akan cari jugak jalan keluar masalah wa ni . Nak tahu cerita penuh , wa akan sambung ke satu lagi blog wa .

Sunday, 30 December 2012

Puasnya hang ^_^

Hello guys . Assalamualaikum:)

Jadi , how your life without me ? Okay tersangat lah over . Sorry . Okay nak tahu story wa hari sabtu tu ? Hmm , macam mana nak cerita ni ? Best je . Macam biasa . Terover happy . Sebelum wa terlupa , congratz kat cousin-cousin wa yang tersangat bijak . Hope boleh jadi macam korang . Okay sambung balik , cerita CZ12 memang sedap , bukan sedap untuk dimakan tapi untuk ditengok sahaja . Macam pernah dengar je ayat tu . K tak sia-sia wa tak tidur sebab nak tengok cerita tu punya pasal . Syok-syok tengok ada pula kawan wa hantar text . My Sham dear , awak menganggu konsentrasi saya lah . Tak pelah , layan je . Jackie Chan , cerita awak sangat menarik . Tak puas tengok . Nasib baik tak mimpi berlakon dengan Jackie Chan . Mimpi berlakon dengan Jackie Chan ?? Okay tak mungkin berlaku .

~Sham ! Awak kat ecm jugak !
~Okay , wa ingat dah cancel .

 
Jadi wa tak sempat nak kenalkan Sham dekat my dear cousin . Tapi takpe , dia tengok sekali imbas je cousin wa . Sham sibuk text sebab ada orang nak belanja dia makan kat tc ! Okay fine . Hari lain boleh keluar dengan dia . Habis je cerita CZ12 wa gi solat dgn cousin wa and time tu wa jumpa Sham . Dia nak jumpa jap sebelum gi tc . Takpe , time sekolah nanti boleh jumpa dia . Lepas solat , wa gi makan . Sementara tunggu makanan , my cousin keluar kejap gi beli barang . Sampai hatimu ! Tinggallah wa sorang-sorang . Tapi sebenarnya , wa yang tak nak ikut . Malas ! Sakit kaki lah berjalan dengan dia ni . Hahaha ! Okay , duk sorang tersangat lah bosan . Belek phone , text jap dengan Sham dan dia sangat happy duk berangin kat tc . Fine ! Gua jealous sama lu . Sambil belek phone wa pandang jap kat abang waiter tu . Comel okay . Tapi bukan dia yang hantar makanan . Abang lain yang hantar . Then macam biasa , orang hantar makanan tak kan tak bersyukur pula . Berterima kasih lah sikit kan . Paling tak pun senyum lah sikit . Tak susah pun kan . Then abang tu balas balik senyuman wa . Mestilah kan . Kalau dia tak balas , wa simbah dia dengan air tembikai wa . Sampai hati abang tu . Makanan saya mana bang . Asal makanan cousin wa dulu yang sampai . Okay sabar menanti pesanan makanan ku . Bila makanan wa yang sampai , abang yang sama jugak hantar . Ayak ! Abang past lah kat kawan abang yang sorang lagi tu ! Haha . Jangan tiru perangai ni ! Macam biasa senyum dan berterima kasih . Baru ada sifat hormat . Ala .. macam yang satu lagu ni . ' Senyum ... Tak perlu kata apa-apa '

Okay , lepas tu abang tu lap meja sebelah wa . Wa pandang jelah . Dah tu nak pandang apa lagi . Bosan kut . Nak alih pandangan wa , abang tu pulak pandang sambil senyum . Murah rezeki abang . Suka sangat sedekah senyuman abang kat saya . Apa-apa pun terima kasih lah ye . Then orang yang wa tunggu dah sampai . Siap bershopping dah dia . Okay baru boleh makan . Kalau wa makan dulu , tak ke nama dia kurang di ajar . ^_^ Okay lepas habis makan , ke kedai akak cd .

Alaa .. asal cd the rise of the guardian tu tak terang . Merajuklah gini . Tiap kali wa cari cd mesti tak de cd tu . Akak , saya merajuk dengan akak ni . Haha .. akak tu pulak jenis melayan saya . Okay cousin wa dah ambik satu cd . Dah bayar dah pun . Tunggu wa je . Jenuh belek , wa ambiklah cd Strawberi Cinta . Tu je lah yang wa mampu . Kalau ikutkan hati , wa malas nak beli . Tapi kat dalam kotak cd kat rumah tu dah takde kawan dah . Beli lah satu . Akak yang terlampau baik hati tu kesian kat wa yang selalu gi kedai cd dia tapi tak beli cd . Yelah , takde cerita yang best nak buat macam mana . So dah ambik duit baki tu tiba-tiba ada baki 3 ringgit . Selalunya , akak tu bagi 8 ringgit satu cd . Tak macam customer lain 10 ringgit . Haha . Nak murah beli 3 cd 20 ringgit . Jadi wa pulanglah balik seringgit tu ." Akak bagi saya duit lebih ni akak . Tutup kedai tu nanti ". Haha . Tapi akak tu relax je kata , " ambik lah . Memang bagi kurang seringgit " Nampak tak betapa baiknya akak tu . Kasi muah sikit akak :* . Haha . Wa memang selalu gi kedai cd akak tu . Akak tu pun selalu melayan wa . Kalau ada umi sekali , lingkup kedai tu dengar kitorg ketawa . Orang yang makan kfc kat sebelah pun maybe hairan dengan kitorg yang terlampau over ni . Haha . Itulah , berkawan biar bermillion , musuh biar takde langsung . Betul tak . Okay , sampai disini jelah celoteh wa untuk hari ni . Goodnight and sweet dream kat korang . Bye dan Assalamualaikum ! ^o^

Friday, 28 December 2012

Hang lagi !


Hi guys , Assalamualaikum .

So , tomorrow is the day . Sabtu kan . Mera ! wait for me . Lama tak keluar dengan you . Okay . Wa dah plan aktiviti untuk esok . Nak tahu ? Tunggu esok punya post . Itupun kalau wa tak pengsan keluar esok . Keluar dengan mera , boleh buat wa tak de kaki tau :P Jadi tempat pertama kitorg tuju macam biasa Golden Screen Cinemas  . CZ12 waiting for me . Ada Jackie Chan lah . Jangan takde ticket dah lah . Wa bakor ECM tu nanti . Haha .

Bila cakap pasal Jackie Chan , wa teringatkan arwah ayah wa . Wa dengan arwah ayah wa minat Jackie Chan tau . Semua cerita lawan-lawan , bom-bom , letup-letup wa tengok . Iyelah , nak buat macam mana , selalu berebut tv . Padahal bilik masing-masing ada tv . Pantang nampak wa duk senang , ada je nak berebut dengan wa . Haha . So , apa yang ayah wa tengok , wa pun tengok . Selalu hari isnin pukul 10 mlm tu kan cerita cina . Kalau tak isnin hari jumaat . Jadi bila dah lama-lama tu rasa macam cerita tu serasi dengan wa . Tu nak tengok cerita CZ12 ni . Tak sabarnya ! GSC wait for us ! K .. nak tahu enjoy ke tak wa keluar , esok-esok lah wa cerita ye . Okay bye guys .

Thursday, 27 December 2012

Ready To School :)


Okay guys , wa dah tak sabar nak start sekolah balik . Tak lama dah 2.1.2013 . Rasa macam rindu gila kat cikgu-cikgu dan kawan-kawan wa . Rindu kat ibunda-ibunda wa . Lama tak dengar cikgu membebel . Haha . Rindu kat shebi , mayra , harissa , intan , aina , woona , anis , shamyra dan semua sekali . huhu . rindu gila lah kat lawak bodoh diorang . Hmm .. bila nak start sekolah ni kenalah ada azam yang baru kan . Jadi apa azam korang ? Okay . Azam wa tahun 2013 ni untuk focus pada study . Focus untuk berjaya sebab mula dari form 4 ni lah wa kena target untuk dapat 9 A dlm spm . Jadi , I will try my best for my future . Masa depan wa di tangan wa . Insyaallah , Allah akan permudahkan segala-galanya . Doakan wa okay .

Cerita punya cerita , sabtu ni hari terakhir wa keluar dgn my lovely cousin , Mera . Lepas ni dah jarang-jarang lah keluar nampaknya . Hmm macam biasa ecm is the place . Aktiviti pagi-pagi tgk wayang , jalan-jalan . Lepak kat MBS tgk buku form4 jap dan makan-makan . Excited gila rasa . Maybe ada Shamyra sekali . Wa tak sure . Takut dia gi KL . Apa-apa pun , that all for this post . Nak sekolah nanti , maybe wa dah jarang hantar post . Tapi insyaallah wa akan bahagikan masa untuk korang baca blog wa . OK . Bye Assalamualaikum .