Friday 30 November 2012

Oh Bulan



Assalamualaikum semua .

Post 28/11 tu patutnya pada tarikh tu . Tengah syok - syok tulis tak boleh pulak nak publish . :( Menyampah betul . Ok . skrg wa nak cerita pasa bulan mengambang . Mm .. Beberapa hari ni wa selalu gi bandar . Jadi bila perjalanan wa kat bandar wa selalu nampak bulan mengambang . Seriusly cantik sangat kan . :) Kan best kalau hari - hari boleh tengok bulan mengambang . Tenang je wa rasa :) Sambil duk dalam kereta tu boleh pulak wa nyanyi lagu yuna . haha .. Ok lah tak boleh post beria . Byk sangat nak cerita . ^o^ Bye , tc :*

post 28/11

 

Hai !

mood wa dah happy semula . Thnk umi berkorban masa hantar wa keluar esk . Tak sabar nak keluar dgn mera & kimi . Dah jadi kembar bertiga pula esk ! Tp wa tak tahu kitorg hang kat mana . Ala .. kat mana - mana pun tak kisah . Janji dengan cousin - cousin wa XD . Tak sabarnya nak tunggu esok . wa harap plan nak keluar ni jadi . Tknk jadi macam hari tu . kelam -kabut tp still keluar . itu pun sebab muncung orang tu panjang mcm muncung itik . eh ! tak tak , wa rasa lagi panjang dari mulut itik tu . haha !Kalau nak sangkut baju tu rasanya muat satu almari :P . haha ! ok that all for today . wa nak tidur awal . nnt karang umi malas hntr kalau lmbt bangun >.< bye , Assalamualaikum . take care and smile always . Tp ingat kan wa untuk cerita pasal bulan mengambang ok ! peace !

Wednesday 28 November 2012

Badmood -.-

 
Assalamualaikum semua . :)

Ok sekarang wa nak berkongsi cerita  . Sebenarnya , wa tak puas hati dengan sorang mamat ni . Dia ni desperate sangat nak couple ! Please lah , belum masanya lagi untuk wa fikir pasal ni -.- Tak boleh sabar tunggu dewasa dah ke ? Atau memang semua laki jenis macam tu . Ok , tapi wa tahu tak semua laki macam tu . Segelintir je ok . :) Sekarang wa rasa macam dah malas tengok phone .. Bunyi caller ringtone , nama dia timbul .  Bunyi msj , nama dia jgk timbul . Seboleh - bolehnya wa cuba hindarkan diri wa dari dia . Tapi dia still tak faham -.- argh ! malas layan mamat desperate macam ni . huhu :(
Apalah nasib wa dapat peminat macam ni . Brutal - brutal pun ada jugak orang minat . Buta ke apa ?
Ok . wa tak lah brutal sangat . Padahal , wa yang paling manja dengan kawan - kawan wa :p haha , ok sempat lagi mengarut tu . Nak tahu sifat peribadi orang tak ? Kita tengok cara dia bergaul dengan kawan - kawan rapat dia .  Baru kita tahu perangai dia macam mana . Sebab , bila dia dengan kawan - kawan dia , dia akan menunjukkan sifat semulajadi dia . Maksud wa , dia ni takde cover - cover or control ayu lah :p Macam tu lah lebih kurang . Ok lah wa ada hal . Bye , Assalamualaikum and take care semua :*

Lepas rindu :P

 
 Assalamualaikum , hai , hai , hai <3

Wa happy sangat hari ni . Mayra text wa . rindu dia sangat . Macam - macam yang wa gossip dengan dia . Ok , lepas tu wa bagitahu mayra yang wa ada blog wa sendiri . Tapi wa tak bagi tahu link blog wa . Mm .. wa tak yakin dengan blog ni sebenarnya . Mera dengan amira je yang tahu . Asal nama diorg ni same erk . Mera tu sepupu wa dan amira pulak kawan wa . So jangan confuse . Ok cerita punya cerita mayra merajuk . Mayra takut wa mengutuk dia dalam blog wa ni . Tapi sebenarnya wa ada jugak mengutuk dia . Kalau korang nak baca , korang tgk balik post wa yang lama . Jahat tak wa ? :) ok lepas tu wa cover line cakap kat mayra yang wa cuma tulis pasal kenangan kitorg kat Pizza Hut CM . Hahaha , dia percaya . :P ok malas dah nak cari gaduh dengan dia . ah ! rindu lawak bodoh dia -.- k lah tu ceritanya . bye , Assalamualaikum and take care :*

Tuesday 27 November 2012

Strange ??

 

Assalamualaikum semua ,

Tidurlah lambat mana pun wa still bangun awal . tapi yang peliknya wa bangun sebab kucing wa ni lentok ekor dia molek je kat muka wa . tak senonoh betul kucing wa tu . Okay , dia memang comel dan tiap - tiap hari dia yang kejutkan wa . Macam - macam cara dia buat . Sampai pernah sekali tu dia main tarik - tarik rambut . Sakit tau ! :( Kiranya dia ni jam bergerak wa lah . Haha .. Bangun tidur wa teringatkan Harissa . Mmm , sampai termimpi - mimpi tu . Seram jugak wa . Asal tiba - tiba wa teringatkan dia . Macam ada something je ni . :/ K , apa yang patut wa buat . Call dia ke ? Mmm .. maybe wa boleh text dia . ok tu jelah yang wa nak cerita . Bye , Assalamualaikum :)

Cheezy

 
Assalamualaikum .. 

Hmm hari ni tiba - tiba wa teringat pasal Pizza Hut . Masa wa musim PMR , hari Khamis kitorg dah habis kertas PMR untuk minggu tu . Tinggal dua paper lagi . Jadi wa dengan kawan - kawan wa gi celebrate birthday wa dekat Pizza Hut CM . Lagipun CM tak ramai orang . Time kitorg pergi , bdk - bdk sekolah tak balik sekolah lagi . Lagipun bdk yang ambil PMR dapat balik awal . Mmm .. lepas tu umi ambil wa dgn kwn - kwn wa gi CM . Cuba korang bayangkan 6 org penumpang dalam kereta waja . Muat tak korang rasa . Memang tak muat ok . Disebabkan wa birthday girl , tempat duduk wa kira special sikit . Wa duduk atas paha kawan - kawan wa kat belakang . Kesian diorang kena berkepik macam tu . Hahaha ! Bak kata orang kan , sharing is caring . Sesak ke tak biar kitorg je yang tahu . Nasib baik tak jauh sekolah wa dgn CM . Kalau tak memang semputlah wa . :P K . dah sampai CM kitorg serbu Pizza Hut . Good news , wa tak cuba lagi Cheezz 7 tu . Lepas order kitorg bincang pasal paper td . Sepatutnya tak boleh bincang . Takut kita lagi mengelabahkan . Tapi kitorg sempoi je . Perkara lepas jangan diungkit .. :) Lepas makanan dah sampai , kitorg terus melantak . Semua muka macam tak pernah makan 10 tahun . Yang paling best , kitorg je yang ada kat dalam Pizza Hut tu . Tak tahu lah sebab apa Pizza Hut tak ramai . Mungkin sebab kitorg kut . Yelah , belum masuk lagi dah dengar suara pontianak mengilai . Haha ! ^o^ . Tak senonoh betul keenam - enam anak dara ni . Nasib baik abang - abang yang jadi waiter tu tak marah . Diorang mesti pelik jakun mana yang tersesat kat Pizza Hut tu . Memang tak boleh lupakan kenangan tu . Lagipun salah seorang best friend wa maybe akan berpindah . Huhu .. Sedihnya . Harap - harap tak jadi lah dia pindah . 



Tapi bila ingat balik perangai pelik taiko or Shebi yang ala - ala Sindrom Down tu memang tak boleh bla . Sepanjang dekat Pizza Hut dia boleh buat Sindrom gila- gila dia . Sure kalau orang datang merisik dia ,  tak sempat masuk dah terpukang lari dengar ketawa Shebi .. -.- Hmm . Cuba korang bayangkan Shebi buat pakinson kat dalam Pizza Hut . Sumpah lawak gila . XD skrg ni Wa dah start rindukan diorg :(  Takpe jangan sampai lost contact sudah . Lepas habis makan kitorg round - round dengan pakai baju sekolah . Kitorg tak kisah sangat sebab mak wa ada sekali . Lepas tu , Mayra teringin nak bawak balik sushi Care4 . Time kitorg nak gi masuk Care4 , kitorg terserempak dgn abg yang jaga sushi tu . Disebabkan kaki wa yang paling kontot , wa jalan belakang sekali . Lagipun , wa tengah sibuk belek phone time tu . Guess what ! Abg sushi tu kenyit mata dekat wa . Kenyit bukan sebarang kenyit ok , kenyit dia tu siap ada bunyi lagi . Kawan - kawan wa semua gelakkan abg sushi tu . Sian wa sebab jadi isu bualan diorg . Damn it ! wa tak mintak pun abg sushi tu buat macam tu . 



Lepas tu , kitorg keluar Care4 dengan perasaan hampa . Sebenarnya bukan wa , tapi mayra . Abg sushi tu tinggal macam tu je gerai sushi dia . Ok dia memang tak nak orang beli kut . So kitorg jalan depan Sushi King . Time jalan tu ada lagi abg nak kacau wa . Punyalah ramai kawan - kawan wa yang cun kat depan tu asal wa jugak yang diorg nak kacau . Umi pulak gi tempat lain time tu . Tapi abg tu tak buat seteruk abg sushi tu buat . Dia just tanya kitorg ponteng ke apa . Wa pun jawablah dengan malasnya . Orang sibuk nak texting lah bang . Kacau je . K tu je kenangan time hari tu . That all . take care dan Assalamualaikum :)


Monday 26 November 2012

Hindarkan diri dari Si Dia

 

Hmm .. Macam mana nak buat orang yang suka kita ni menjauhkan diri dia dari kita tanpa menyakiti hati dia . Panjang sangat ke ni . Ok listen dear . Wa nak kata takde pengalaman tu , tak jugak . Sebab , kadang - kadang ada je orang yang macam tu wujud depan wa . Tapi takde lah sampai bagi surat cinta - cinta ni . Cara utus - utus surat ni mesti ramai yang rasa dah basi . Tapi still ada orang yang suka . :) Tapi bagi wa , kan romantik kalau orang bagi video cinta kat kita . Dengan cara tu kita dapat lihat muka dia dan dapat menilai sendiri kejujuran dalam diri dia . Mesti sweet kan macam tu . Kalau tulis surat , kita tak tahu sangat riak muka dia time tulis surat tu . K sekarang wa rasa wa dah jauh terpesong dari tajuk sebenar kita . Sorry - sorry :) Mm ... selalunya wa lebih mendiamkan diri . Wa hanya boleh tengok tindakan yang dia boleh buat . Dengan cara tu dia akan bosan . Tapi wa rasa macam tak berapa jalan je plan ni . Jadi berterus - terang lebih baik kut . Wa harap dia pun boleh terima dengan hati yang terbuka . Kita pun hanya manusia biasa . Tak ada power untuk mengubah perasaan hati dia . Kalau boleh pas - pas macam bola , wa rasa ramai dah kut yang buat . Tapi masalahnya tak boleh . Dengan cara berterus - terang ni mungkin boleh meringankan sikit masalah korang . Wa harap plan ni jadilah . Kalau dia tak faham bahasa sangat cuba korang hindarkan diri dari dia . Buat tak tahu macam wa sudah . Habis cerita . :) penat dah wa membebel kat sini . Jadi wa rasa itu jelah untuk tajuk ni . Bye , Assalamualaikum ^o^

Kenyang :)

 
Alhamdulillah . Mm kenyang dah perut wa ni . Ok menu hari ni tak berapa special sebab umi tak masak . Jadi beli makanan kat luar jelah . Wa lama dah tak makan Ikan Kerapu masak tiga rasa dengan tomyam . Sedap jugak masakan kedai . Tapi wa still tak tambah nasi . Korang tak terliur ke ? Hmm , kalau hari umi kerja umi selalu jugak masak . Tapi lauk tak banyaklah . Korang ingat makanan kat kedai ni seda sangat ke ? Air tangan mak sendiri juga yang sedap . Walaupun kadang - kadang umi masak lauk tak banyak tapi nasi wa bertambah . Tak macam lauk kedai . Hmm . Apa - apa pun wa sangat bersyukur sebab still dapat makan . :) k that all ^o^

ThanKfuL ^_^


 
 
Me again . K hari ni wa nak berkongsi sedikit ilmu . Ilmu ni pasal thankful . Korang mesti pernahkan cakap perkataan  bersyukur atau Alhamdulillah:) tapi perkataan tu kita kena cakap dengan reaksi muka yang manis . Tak boleh masam - masam macam tapai basi . Tapi tapai basi tu masam ke ? Wa tak pernah rasa lah  pulak . :p Ok jangan nak mengarut , sambung balik cerita . Korang pernah tak terfikir untuk berterima kasih dekat musuh korang . Korang sekarang jangan fikir negatif tau . Korang patut bersyukur sebab diorang mengacau hidup korang . Korang pernah terfikir tak , kalau bukan disebabkan diorg hidup korang tak ada  cabaran . Tak best lah kehidupan seseorang tanpa ada musuh . Kalau korang ada musuh maknanya korang tahu yang korang ni banyak keistimewaannya . Kalau korang biasa - biasa je tak adventure lah hidup korang kan . :) Pelik ke apa yang wa cakap ni . Musuh ni boleh buat kita menjadi lebih tabah . Bila  kita ada musuh , kita akan cari punca yang mereka dengki kan pasal kita . Tapi tak bermakna wa suruh korang kumpul musuh ramai - ramai . -.- Janganlah macam tu . Baik budi diorg ni akan membuat kita lebih bijak untuk menempuh hidup . Tapi jangan sesekali cari musuh . Musuh ni dia datang sendiri tanpa kita jangka . Tuptup kita ada musuh . Ada lah tu yang dia tak puas hati . K tu je lah untuk tajuk ni . Bye dan Assalamualaikum . Berikan senyuman manis untuk musuh korang .  Tak susahkan untuk korang senyum . take care :)

Mera :*

 
Assalamualaikum , hai .

Okay apa lagi wa nak merapu kat blog ni erk ? Hah ? Korang pernah hang tak . Keluar dengan kawan - kawan lah kiranya ? Hang tak sama dengan dating okay . Jangan salah faham . :) Apa yang selalu korang buat kalau korang hang ? Tengok wayang or shopping . Jangan korang hang cari laki dah lah :p . Tapi kalau wa dengan mera hang kitorg selalunya tengok wayang . Cakap pasal mera dia ni nakal sangat tau . Guess what !! Pernah sekali tu dia cerita yang dia main mata dengan seorang mamat masa kitorg keluar  . Sempat lagi tu . Tapi nasib baik setia pada yang satu :p K tu je . Bye take care and Assalamualaikum :) Smile always dear .

Be YouRselF ..

 
Hai dan Assalamualaikum ,

Hmm , apa tajuk yang sesuai untuk perkongsian kita erk . Hah ! Pernah tak korang terfikir untuk menjadi seperti orang lain . Tak kiralah jadi macam kawan korang ke , artis ke atau sape - sape saje yang korang nak jadi . Sebenarnya , wa rasa jadi diri sendiri lebih baik dari jadi orang lain . Susah tau nak jadi orang lain . Kena control sana , control sini -.- Tak menyusahkan ke korang rasa . Kelemahan yang kita ada tak semestinya menyusahkan kehidupan seharian kita . Padahal kekuatan dalam diri kita dah kira balance dengan kelemahan kita . Korang faham tak apa yang cuba wa sampaikan . Okay wa cuba terangkan untuk korang . Kelemahan yang ada di dalam diri kita akan ditutupi oleh kekuatan yang ada di dalam diri kita . Dalam diam korang tak tahu kan , ramai yang nak jadi macam diri korang . Jadi korang kena yakin dengan diri korang . Tak perlu untuk menjadi orang lain :) . Korang nak ke hidup dalam kepura - puraan . Korang bukan sahaja tiru identiti diri orang lain malah korang menipu diri korang sendiri . Allah dah mencipta kita sebaik - baiknya . Jadi korang kena jaga dengan apa yang diamanatkan Allah . Percayalah cakap wa , jadi diri sendiri lebih baik ^_^ . 

My lovely cousin mera :**


Hi . Me again . Jangan bosan lah . Keypad ni yang suruh wa tulis lagi . Erk ? Okay sambung . Ameera . Hmm.. Apa nak cerita pasal budak ni . Okay dia ni baik , memahami , lovely , cantik , comel  dan semua benda yang baik - baik lah . Tapi yang wa nak tahu sangat mera ni pandai masak tak ? Haha .. Gurau je . Wa pun tak tahu . Tapi kitorg pernah berperang kat dapur buat apam polka dot . Nak tahu jadi ke tak , jangan tanya . Biar kitorg je yang tahu . Hehe :) Yang pasti apam tu boleh di makan dan tak keracunan pun . Haha . dengar bunyi macam teruk je kan . Biasalah , percubaan kitorg yang pertama . Tapi serius sedap . Kitorg buat , kitorg puji . Ala takpe lah kalau bukan kitorg puji sape lagi kan . 


Okay cakap pasal mera , dia ni selalu kena buli . Kesian sangat . Sebab mera ni macam lemah lembut je . Kalau dengar suara dia macam bukan suara budak matang . Tapi kalau dia start nyanyi , 5  hari 5 malam terngigau - ngigau . Bukan perli ok tapi suara dia mmg sedap . Tapi sedap dia bukan sedap untuk dimakan k . Sedap untuk didengar sahaje . Trust me ! :) Kelemahan mera ni dia tak mudah melawan . Kalau orang kutuk dia , dia senyap dan lari masuk toilet . Banyak - banyak tempat kat sekolah dia , situ jgk nak nangis . Maybe ada privasi . :/ 


Ok disebabkan tu , mera selalu berkongsi cerita dekat wa . Serius kalau korang tengok kitorg , mmg korang terfikir yang kitorg ni kembar . Mana - mana mesti bersama macam belangkas . Tapi wa kesian dengan mera , disebabkan kelemahan diri dia tu orang senang buli and pangkah dia . Macam - macam budaya sekarang . ' Pangkah ' apa tu . Pilihan raya ke ?  Tapi , walaupun dia keseorangan , wa akan teman dia dan dengar semua masalah dia . PLEASE !! Jangan buli dia ! Dia pun nak hidup tenang juga . Selagi dia tak kacau korang , korang jangan memandai nak kacau dia . Tak lengkap ke hidup korang kalau tak buli dia . Janganlah macam ni -.- Wa tahulah yang mera tu cantik , lembut , dan tak berpura - pura macam korang tapi tak perlu dengki sampai macam tu . Korang bodoh kalau korang buli dia :( . Korang buli mera untuk menutup kelemahan diri korang sendiri . Secara tak langsung korang tak menafikan yang mera lebih baik dari diri korang . Sebab itu korang buli dia kan . Okay . Tu je yang wa nak ceritakan . Sorry kalau wa buat korang terasa . Seriusly . Wa minta maaf sangat . Assalamualaikum :)

Kenangan Terindah

 
Hai , Assalamualaikum .

Wawa dah tak ada idea nak tulis apa . Jadi kalau wa agak merapu jangan marahkan wa ok . :) Kalau wa ingatkan balik pengalaman manis wa dengan kawan - kawan , wa rasa wa dah start rindukan diorg . Okay cerita dia macam ni . Wa dengan kawan - kawan wa pergi MegaMall . Happylah kan hang dengan kawan - kawan . Then , kitorg pergi singgah dekat satu kedai beg . Kedai beg tu betul - betul depan lif . Wa dengan kawan - kawan wa sebenarnya nak turun gi makan . Sambil tunggu lif tu kitorg masuklah kejap kat kadai beg tu . Humaira or mayra , kawan wa paling comel ni di arahkan untuk tunggu depan lif . Lagipun dia tak minat sangat handbag , purse or whatever . Sambil dia tunggu depan lif tu , wa rasa dia berangan kut . Sebab wa pun bukan tengok sangat beg - beg kat kedai tu . Tengok je mayra termenung pandang lif . Bila wa sedar lif tu nak tertutup wa jerit kat maira suruh dia tahan lif tu . Then , wa panggil kawan - kawan wa yang ada kat dalam kedai . Guess what ! Mayra duk depan lif selamba badak dia tu tahan pintu lif macam tahan teksi yang nak tertutup tu . TAHAN LIF ok bukan tahan teksi masa tu . Mayra tak tekan butang or pegang pintu lif tu pun . Cara dia tahan lif macam tahan angin . No use dia buat macam tu lagipun lif tu tak ada orang . Bila lif tu dah tutup mulalah dia guna tangan dia tu lepas geram kan pintu lif yang dah tutup . Boleh tak korang bayangkan macam mana . Untuk apa butang lif tu direka kalau bukan untuk buka lif tu dari tertutup . Clumsy gila mayra time tu .  Nampak sangat comel .


Then kitorg tunggu sama-sama second lif . Takut mayra buat blur dia lagi sekali . Memang semua kawan wa yang lain tersengih lihat tindakan spontan mayra . Boleh dia tahan lif macam tahan angin . Sumpah wa gelak gila kat mayra . Kesian gila dia . Yang paling wa tak tahan bila dia tahan lif macam dia tahan teksi . Kalau boleh wa tunjuk tangan mayra time tu dah lama wa tunjuk . Tengah duk borak - borak depan lif , selamba badak budak sekolah lain masuk . Kalau tak silap wa 2 orang lelaki . Wa tak perasan sebenarnya ada orang dalam lif tu . Nak tertutup lif tu baru wa tekan butang lif . Then , muncullah 2 hamba Allah yang ada dalam lif tu . Wa nak masuk tp kawan - kawan wa yang lain semua masuk balik dalam kedai beg tu tinggalkan wa . Dengan malunya , wa suruh 2 orang budak lelaki tu turun dulu . Lagipun buat apa nak takut diorang berdua padahal kami berenam . Nak kata tak muat mustahil . K lah tu je nak berkongsi dengan korang semua . Kesian kat keypad ni dari tadi tak berhenti gunakan dia . That all . Bye , Assalamualaikum semua ^o^

Jaga hati orang

 
Assalamualaikum semua ,

Hari ni wa nak cerita pasal hati orang . Susahkan nak puaskan hati semua orang dan susah juga nak jaga hati orang . Terutamanya orang yang kita sayang . Jadi apa yang wa nak terangkan dekat sini , lebih baik kita jaga hati kita dulu . :) Sakitkan hati kita bila semua orang yang kita sayang ' ego ' dan mementingkan diri mereka sendiri . Pada pendapat wa , tak salah kalau sesekali kita mementingkan diri sendiri tetapi jangan sampai kita dianggap ' selfish ' dan ' keras kepala ' . Alhamdulillah setakat ni , kawan - kawan wa semuanya bertimbang rasa . Apa yang wa berkongsi pada hari ini berkait rapat dengan semua yang ada disekeliling hidup wa . Wa rasa ada yang di antara kita sering menghadapi masalah mengenai hati kan . Okay !


 Hati yang paling penting untuk di jaga ialah hati seorang ibu . Seperti yang korang tahu , hati ibu sangat lembut dan cepat terasa . Tapi ramai yang fikir ibu ni bersifat garang dan tegas . Sebenarnya , itu adalah cara mereka menguruskan anak - anak mereka . Dalam ketegasan mendidik anak - anak , pasti ada sifat keibuan yang ada dalam diri mereka .. jadi sangat penting untuk kita menjaga hati seorang ibu . Syurga kan di telapak kaki ibu . Betul tak peribahasa ni . Bunyi macam lain je . :/

Seterusnya , hati kawan . Mm.. Wa rasa tak susah nak jaga hati kawan . Sebab kawan - kawan wa semuanya sempoi . Biasalah kawan - kawan wa ni brutal sikit . Maybe adalah segelintirnya yang ala - ala perempuan melayu terakhir . Tapi wa rasa kawan - kawan wa tak ada masalah sangat . Sempoi dan senang nak di bawak berbincang . Tak mudah terasa dan tak mementingkan diri .. ^o^ kira beruntunglah dapat kawan - kawan macam tu . Setakat gaduh - gaduh manja tu adalah . :) hmm .. rindu pulak kat diorg . :( Bila nak buka sekolah ni !! Rindu sangat dengan perangai kawan - kawan wa yang obses sangat dengan korea . Kadang - kadang tu boleh pulak diorg gaduh - gaduh berebut artis - artis k-pop tu . Mm.. tu jelah . Tak ada idea dah nak tulis apa . Nanti wa sambung kasi panjang lagi . Bye and Assalamualaikum ! :*

Sunday 18 November 2012

Blog Sotare Applee .. :*



Kenapa wawa namakan blog wa Sotare Apple ?


Assalamualaikum semua , wawa harap korang semua sihat dan sentiasa ceria .
ok sekarang wawa nak korang senyum . Senyum jangan tak senyum :) . Apa yang korang rasa bila korang senyum . Ada orang kata senyum ni boleh buat kita jadi awek muda . ntah ye ke dok :/ . Tapi senyum ni kan sedekah . Tak susah untuk senyum . Ambil masa 1 saat je untuk senyum . :)
Korang pernah kan tersenyum sorang - sorang . Tapi tak nak share ke dengan wa kenapa korang senyum sorang - sorang ni .  ^_^ ok-2 , jangan bagi wa melalut macam mak nenek . Takpe , kalau korang susah sangat nak senyum , apa kata korang pejam mata . Lepas tu korang relax dan bayang kan wajah pakwe makwe masing - masing . Comfirm korang tersengih macam tapai basi . terSENGIH ok bukannya terSENYUM . :P Jadi wa harap korang tersenyum lah baca blog wa . Senyumanmu mestilah akan Semanis Epal kan . :) Sorrylah kalau ayat - ayat wa macam budak - budak sikit . Apa - apa comment wa akan terima dengan seikhlas hati wa . take care and jangan lupa senyum :) Assalamualaikum .




Cinta - Cinta - Cinta :/

Topik hangat kita . 

Tentang Cinta 

Assalamualaikum, 

Hmm.. byk-2 benda , apesal lah korang nak tahu pasal cinta . Wa bukannya doktor cinta yang tahu serba serbi mengenainya . Tak munasabah betul lah korang kan . Tak bermakna wa selalu baca novel - novel cinta tahu pasal cinta - cinta ni . Ala kalau setakat umur macam wa bukannya cinta sejati lagi . Tu semua cinta monyet . Tak ada yang kekal tetapi kalau dah dengan keizinan-Nya , tak ada sape boleh menghalang . Bagi wa cinta ni mudah dilafazkan . Tetapi hanya ada sesetengah atau suku daripadanya aje yang melafazkannya dari lubuk hati mereka . Kalau setakat sebut bodoh tak ada perasaan macam tu wa rasa budak - budak 3 tahun pun boleh kan . :) Kalau nak suruh wa nasihat sikit - sikit tu bolehlah kut . Wa pun banyak jugak tolong kawan - kawan wa . Tapi kalau hati wa memang payahlah jawabnya . Wa sendiri pun tak tahu apa yang wa nak . Jealous tu
memang jealous bila orang asyik duk gossip pasal boyfriend masing - masing . Tapi wa rasa baik wa fokus dulu dalam pelajaran wa . Inyaallah kalau dah jodoh tak ke mana kan .


" When a girl keeps going back to a guy who treats her bad,
its not because shes dumb,
its because shes not ready to give up hope,
that maybe someday he'll change "
#copy and paste


Ok tu je . Assalamualaikum . ^_^

Saturday 17 November 2012

Sotare Apple


Apa makna Sotare Apple ?
Sotare Apple bermaksud Semanis Epal .

Bahasa apa Sotare Apple tu ?
Sotare Apple tu bahasa Swedish tau .
Wawa pun tak tahu jugak sebenarnya , tapi bila baca satu novel cinta ni baru wa tahu .

Nak tahu novel yang wa baca ke ?
Novel tu nama dia ' merah cinta epal ' hasil karya Ridha Reewani .

Novel ni sweet sangat . Disebabkan sebiji epal , sebuah perjanjian ditandatangani dan bermulalah kisah cinta mereka . Sorry , wa terpromote pula . Mesti korang fikir yang baca novel cinta ni semuanya perempuan . Tak jgk tau . Lelaki pun ada tapi tak ramai . Bukti dia , Ridha Reewani tu penulis lelaki . Kagum tak ? :) Novel cinta ni ramai yang kata jiwang dan tak ada langsung pengajaran yang kita boleh dapat tapi pada pendapat wa novel cinta ni memberi kita pengajaran yang banyak dalam percintaan . Lagipun , cerita cinta macam ni menyebabkan wa lebih berhati-hati dalam memilih lelaki . Nak tanya apa - apa soalan boleh lah tanya :) Tu je yang dapat wa berkongsi dengan korang semua . Assalamualaikum .

Intro ^o^


Kita berkenalan dulu ye  ^_^

Assalamualaikum semua ..

First time buat blog sendiri . Banyak yg perlu diperbaiki lagi dalam blog ni . Saya harap ada yg sudi memberi nasihat kepada saya . Kalau ada apa - apa soalan boleh lah tanya :) Apa - apa pun saya nak juga perkenalkan diri saya terlebih dahulu . Nama saya Najwa atau boleh disingkatkan lagi menjadi Wawa . Ok . Mesti ada yang tertanya - tanya tujuan wawa membuat blog ni kan . Mmm .. wawa sendiri tak tahu untuk apa wawa buat blog ini sebenarnya . Tapi yang pasti , blog ini dapat berkongsi serba sedikit tentang diri wawa dan aktiviti harian wawa . Wawa still lagi belajar dan masih bersekolah lagi . Umur wa 16 tahun pada tahun 2013 . Maksudnya tingkatan 4 lah tahun depan . Banyak cerita sebenarnya yang wa nak berkongsi . Tapi wa kena make-up cantik-2 dulu blog ni . Tapi sebenarnya wa rasa hiasan dalam blog ni tak sepenting isi dia kan . Orang nak baca isi dan bukannya background blog kan . Tapi sedikit hiasan maybe tak over sangat kut . Ok lah itu je yang wa nak berkongsi . Nanti wa cerita lagi . Thank sebab sudi membaca blog yang tak seberapa ni . Assalamualaikum .  :)