Monday, 26 November 2012

Jaga hati orang

 
Assalamualaikum semua ,

Hari ni wa nak cerita pasal hati orang . Susahkan nak puaskan hati semua orang dan susah juga nak jaga hati orang . Terutamanya orang yang kita sayang . Jadi apa yang wa nak terangkan dekat sini , lebih baik kita jaga hati kita dulu . :) Sakitkan hati kita bila semua orang yang kita sayang ' ego ' dan mementingkan diri mereka sendiri . Pada pendapat wa , tak salah kalau sesekali kita mementingkan diri sendiri tetapi jangan sampai kita dianggap ' selfish ' dan ' keras kepala ' . Alhamdulillah setakat ni , kawan - kawan wa semuanya bertimbang rasa . Apa yang wa berkongsi pada hari ini berkait rapat dengan semua yang ada disekeliling hidup wa . Wa rasa ada yang di antara kita sering menghadapi masalah mengenai hati kan . Okay !


 Hati yang paling penting untuk di jaga ialah hati seorang ibu . Seperti yang korang tahu , hati ibu sangat lembut dan cepat terasa . Tapi ramai yang fikir ibu ni bersifat garang dan tegas . Sebenarnya , itu adalah cara mereka menguruskan anak - anak mereka . Dalam ketegasan mendidik anak - anak , pasti ada sifat keibuan yang ada dalam diri mereka .. jadi sangat penting untuk kita menjaga hati seorang ibu . Syurga kan di telapak kaki ibu . Betul tak peribahasa ni . Bunyi macam lain je . :/

Seterusnya , hati kawan . Mm.. Wa rasa tak susah nak jaga hati kawan . Sebab kawan - kawan wa semuanya sempoi . Biasalah kawan - kawan wa ni brutal sikit . Maybe adalah segelintirnya yang ala - ala perempuan melayu terakhir . Tapi wa rasa kawan - kawan wa tak ada masalah sangat . Sempoi dan senang nak di bawak berbincang . Tak mudah terasa dan tak mementingkan diri .. ^o^ kira beruntunglah dapat kawan - kawan macam tu . Setakat gaduh - gaduh manja tu adalah . :) hmm .. rindu pulak kat diorg . :( Bila nak buka sekolah ni !! Rindu sangat dengan perangai kawan - kawan wa yang obses sangat dengan korea . Kadang - kadang tu boleh pulak diorg gaduh - gaduh berebut artis - artis k-pop tu . Mm.. tu jelah . Tak ada idea dah nak tulis apa . Nanti wa sambung kasi panjang lagi . Bye and Assalamualaikum ! :*

No comments:

Post a Comment