Tuesday 27 November 2012

Cheezy

 
Assalamualaikum .. 

Hmm hari ni tiba - tiba wa teringat pasal Pizza Hut . Masa wa musim PMR , hari Khamis kitorg dah habis kertas PMR untuk minggu tu . Tinggal dua paper lagi . Jadi wa dengan kawan - kawan wa gi celebrate birthday wa dekat Pizza Hut CM . Lagipun CM tak ramai orang . Time kitorg pergi , bdk - bdk sekolah tak balik sekolah lagi . Lagipun bdk yang ambil PMR dapat balik awal . Mmm .. lepas tu umi ambil wa dgn kwn - kwn wa gi CM . Cuba korang bayangkan 6 org penumpang dalam kereta waja . Muat tak korang rasa . Memang tak muat ok . Disebabkan wa birthday girl , tempat duduk wa kira special sikit . Wa duduk atas paha kawan - kawan wa kat belakang . Kesian diorang kena berkepik macam tu . Hahaha ! Bak kata orang kan , sharing is caring . Sesak ke tak biar kitorg je yang tahu . Nasib baik tak jauh sekolah wa dgn CM . Kalau tak memang semputlah wa . :P K . dah sampai CM kitorg serbu Pizza Hut . Good news , wa tak cuba lagi Cheezz 7 tu . Lepas order kitorg bincang pasal paper td . Sepatutnya tak boleh bincang . Takut kita lagi mengelabahkan . Tapi kitorg sempoi je . Perkara lepas jangan diungkit .. :) Lepas makanan dah sampai , kitorg terus melantak . Semua muka macam tak pernah makan 10 tahun . Yang paling best , kitorg je yang ada kat dalam Pizza Hut tu . Tak tahu lah sebab apa Pizza Hut tak ramai . Mungkin sebab kitorg kut . Yelah , belum masuk lagi dah dengar suara pontianak mengilai . Haha ! ^o^ . Tak senonoh betul keenam - enam anak dara ni . Nasib baik abang - abang yang jadi waiter tu tak marah . Diorang mesti pelik jakun mana yang tersesat kat Pizza Hut tu . Memang tak boleh lupakan kenangan tu . Lagipun salah seorang best friend wa maybe akan berpindah . Huhu .. Sedihnya . Harap - harap tak jadi lah dia pindah . 



Tapi bila ingat balik perangai pelik taiko or Shebi yang ala - ala Sindrom Down tu memang tak boleh bla . Sepanjang dekat Pizza Hut dia boleh buat Sindrom gila- gila dia . Sure kalau orang datang merisik dia ,  tak sempat masuk dah terpukang lari dengar ketawa Shebi .. -.- Hmm . Cuba korang bayangkan Shebi buat pakinson kat dalam Pizza Hut . Sumpah lawak gila . XD skrg ni Wa dah start rindukan diorg :(  Takpe jangan sampai lost contact sudah . Lepas habis makan kitorg round - round dengan pakai baju sekolah . Kitorg tak kisah sangat sebab mak wa ada sekali . Lepas tu , Mayra teringin nak bawak balik sushi Care4 . Time kitorg nak gi masuk Care4 , kitorg terserempak dgn abg yang jaga sushi tu . Disebabkan kaki wa yang paling kontot , wa jalan belakang sekali . Lagipun , wa tengah sibuk belek phone time tu . Guess what ! Abg sushi tu kenyit mata dekat wa . Kenyit bukan sebarang kenyit ok , kenyit dia tu siap ada bunyi lagi . Kawan - kawan wa semua gelakkan abg sushi tu . Sian wa sebab jadi isu bualan diorg . Damn it ! wa tak mintak pun abg sushi tu buat macam tu . 



Lepas tu , kitorg keluar Care4 dengan perasaan hampa . Sebenarnya bukan wa , tapi mayra . Abg sushi tu tinggal macam tu je gerai sushi dia . Ok dia memang tak nak orang beli kut . So kitorg jalan depan Sushi King . Time jalan tu ada lagi abg nak kacau wa . Punyalah ramai kawan - kawan wa yang cun kat depan tu asal wa jugak yang diorg nak kacau . Umi pulak gi tempat lain time tu . Tapi abg tu tak buat seteruk abg sushi tu buat . Dia just tanya kitorg ponteng ke apa . Wa pun jawablah dengan malasnya . Orang sibuk nak texting lah bang . Kacau je . K tu je kenangan time hari tu . That all . take care dan Assalamualaikum :)


No comments:

Post a Comment