Thursday, 6 December 2012

hmm .. my sad little cat !

 

Assalamualaikum semua . Hmm , hari ni je dah berapa kali wa mengeluh . wa sedih sangat ! Kalau wa nak share something dengan korang boleh tak ? Kalau korang rasa post ni mengarut korang janganlah baca . Wa tak memaksa korang untuk baca pun . 

Semalam wa dgn umi ada buang kucing kampung . Seriusly , wa tak berniat pun nak buang kucing kampung tu . Lama dah kucing - kucing tu wa jaga . Tapi wa setakat bagi makan dengan air je lah . Kucing - kucing tu mula - mula ada 5 ekor . Satu ibu ,  4 ank . 2 jantan , 2 betina . Lepas tu si ibu tu bunting lagi . Tapi sekor je yang hidup . Wa tak bawak kucing - kucing tu dalam rumah . Kucing - kucing tu berteduh kat halaman depan tu je . Tak macam kucing yang kat dalam rumah . Kat dalam rumah ada 2 ekor . Lepas tu , sekor daripada jantan tu mati . Wa tanam kat belakang taman permainan . Bila wa cangkul tanah tu , wa dengar bunyi kucing . Maybe salah wa jugak sebab tanam kucing tu time nak magrib . Nak kata meremang bulu roma tu mestilah kan . 


Okay , habis cerita part tu . Sambung balik :( wa buang kucing tu sebenarnya sebab nak puaskan hati jiran - jiran wa . Maybe diorang terganggu dengan kenakalan kucing - kucing wa . Tapi wa tak salahkan diorang . Biarlah . Daripada menyusahkan jiran - jiran wa , baiklah wa buang je kucing tu . Wa harap takde apa - apa lagi lah masalah lepas ni . Wa harap kucing - kucing wa selamat . Jadi kiranya 5 ekor kucing wa tu tak buang habis . Sempat tangkap 3 ekor je . Lagi 2 ekor hari lain . Sekor daripada yang wa buang tu kecik lagi . Wa tknak sebenarnya buang yang kecik tu . Ibu dia tu jenis fikirkan diri sendiri . Ntah macam mana lah nasib kucing 3 ekor tu . Umi lah yang paling kesian sekali . Menangis tak henti - henti dalam kereta . 



Wa hantar ibu kucing dengan kucing kecik dulu . Yang jantan wa hantar lambat sikit . Sbb susah sangat nak cari si jantan tu . Tapi wa hantar tempat yang sama lah . Lepas wa hantar si jantan tu baru wa perasan , ada lubang longkang yang tak ada penutup besi . 3 kut lubang tu . Kalau kecik takpelah. Hah sudah ! Mati lah kucing aku . Wa ingat , wa cakap dalam hati . Tapi terlepas . Umi dengar terus makin kuat bunyi umi nangis dalam kereta . wa tak risau sangat ibu kucing dengan si jantan . Wa risaukan kucing yang kecik tu .

Ok lepas ni dah takde lah bodyguard yang jaga luar rumah wa . Sumpah menggigil tangan wa nak lepas kan sekor - sekor keluar dari kotak . Umi tak sanggup nak buangkan . Sbb umi ni jenis lemah semangat sikit . Lepas wa masuk balik dalam kereta , wa rasa macam wa baru lepas curi benda . Tak tahu lah macam mana wa nak cakap . Ya Allah . 

K lah . tu je yang wa nak berkongsi dengan korang semua . Maafkan wa kalau post wa kali ni mengarut . Macam mana lah seorang ibu boleh buang anak dia . Padahal wa nak lepaskan kucing pun rasa susah . :(  That all . BYE , ASSALAMUALAIKUM :(

No comments:

Post a Comment